Saturday 30 May 2015

Rancangan Pemasaran

1) Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
-Aneka jenis roti, kek dan produk sejukbeku.

2) Sasaran Pasaran
-Kami mensasarkan di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam, MRSM , UUM, Politeknik dan orang perseorangan.  Sasaran pasaran terdiri dari pekerja swasta, kerajaan, pelajar sekolah rendah, menengah dan mahasiswa. 

3) Saiz Pasaran
-Tumpuan kawasan pasaran adalah di Politeknik Tengku Abdul Halim (POLIMAS), kantin kilang, Matrukulasi Changlun, MRSM Kubang Pasu dan UUM.
Saiz pasaran adalah 55,000 orang. Ianya terdiri daripada golongan berpendapatan tetap seperti penjawat awam dan swasta, golongan bekerja sendiri, Pelajar dan suri rumahtangga.   
Daripada 55,000 penduduk yang berada di sekitar Pekan Changlun, kami menganggarkan sebanyak 0.5% iaitu 275 orang yang akan membeli produk yang ditawarkan dalam sehari. Selain itu, kami meluaskan saiz pasaran dengan mengadakan promosi di pusat pengajian tinggi awam contohnya  POLIMAS dan Matrikulasi.  Kami juga membuat jualan terus kepada pelanggan-pelanggan yang berpotensi dan membawa produk-produk sejuk beku ke lokasi pelanggan seperti di bilik guru.

4) Persaingan
-Persaingan syarikat adalah Kedai Kek Fairy, Pizza Hut Delivery, Secret Recepi dan Pasaraya CMart.

No comments:

Post a Comment