PROFIL SYARIKAT
CT CHEEZY BAKERY (CTCB)
merupakan sebuah perniagaan milik bumiputera yang ditubuhkan pada 17hb December
2012 dangan nombor pendaftaran AS 0352931-K, beralamat di No. 2120A pejabat
pertanian Changlun, Pekan Baru Changlun, 06010 Changlun, Kedah. Perniagaan ini diterajui oleh dua orang rakan kongsi,
yang mana hanya seorang sahaja yang
melakukan tugas pengurusan dan pentadbiran manakala rakan kongsi yang ke-2
sebagai penasihat. Siti Norliza Bt Othman merupakan pengurus besar syarikat
ini.
CTCB menghasilkan produk
berasaskan bakeri dan sejuk beku antaranya adalah aneka jenis bun, mini pizza,
pelbagai jenis kek seperti kek pisang, kek keju, kek kurma, manakala produk
sejuk beku adalah karipap inti daging lada hitam dan inti ayam kari, samosa,
popia dan masalodeh. Tumpuan jualan
syarikat ini adalah di sekolah rendah dan menengah, pejabat-pejabat kerajaan dan swasta, pasar pagi dan institut
pengajian tinggi awam serta kantin kilang. Jadual penjualan bermula seawal 8.30 am sehingga 6.30 pm.
Di samping itu, CTCB mendapat
langganan tetap daripada kilang di Bukit Kayu Hitam serta Politeknik. Syarikat ini mengadakan promosi di Institut
Pengajian Tinggi Awam seperti POLIMAS bukan sahaja dapat meningkatkan jualan
malahan dapat menarik minat para pelajar dan pensyarah untuk mengetahui lebih
lanjut mengenai produk yang dihasilkan oleh CTCB. CTCB sentiasa mencari
idea-idea baru agar produk yang dikeluarkan tidak ketinggalan dari segi rupa,
rasa dan pembungkusan.
Visi dan Misi
Visi utama syarikat ini adalah untuk
menjadi pengeluar utama produk roti dan makanan beku yang berkualiti,
berkhasiat dan menjadi pilihan pelbagai golongan. Manakala misi utama syarikat ini
adalah untuk mendapatkan sijil halal Jakim dan mencapai keuntungan yang baik
pada harga yang berpatutan.
0bjektif
perniagaan
Objektif perniagaan CTCB adalah untuk
memastikan produk yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak
pelanggan serta tidak berlaku pembaziran dari segi bahan mentah dan hasilan
produk. Di samping
itu, syarikat ini juga ingin mencapai manfaat dari segi produk dan perkhidmatan
yang diberikan kepada pelanggan. CTCB sentiasa mencari idea-idea baru bagi
produk yang dihasilkan supaya tidak ketinggalan dari segi rupa, rasa dan
pembungkusan.
Syarikat CTCB juga memberi tumpuan
kepada pembangunan perniagaan dalam jangka masa panjang dan sentiasa mencari
pasaran dan pelanggan baru untuk mengekalkan perniagaan di dalam pasaran. Hal
ini kerana terdapat banyak perniagaan baru yang muncul dan syarikat ini
berusaha untuk menarik pelanggan dan mencapai keuntungan dalam pasaran serta boleh
bersaing dengan syarikat-syarikat lain. Syarikat ini juga ingin mencapai objektif
untuk inovasi pengeluaran yang cepat dengan bantuan inovasi teknologi baru.
Kejayaan sesebuah organisasi perlu dikekalkan melalui pembaharuan inovatif
dalam perniagaan ini.