Thursday 23 April 2015

Our Profile

PROFIL SYARIKAT

   CT CHEEZY BAKERY (CTCB) merupakan sebuah perniagaan milik bumiputera yang ditubuhkan pada 17hb December 2012 dangan nombor pendaftaran AS 0352931-K, beralamat di No. 2120A pejabat pertanian Changlun, Pekan Baru Changlun, 06010 Changlun, Kedah. Perniagaan  ini diterajui oleh dua orang rakan kongsi, yang  mana hanya seorang sahaja yang melakukan tugas pengurusan dan pentadbiran manakala rakan kongsi yang ke-2 sebagai penasihat. Siti Norliza Bt Othman merupakan pengurus besar syarikat ini.

    CTCB menghasilkan produk berasaskan bakeri dan sejuk beku antaranya adalah aneka jenis bun, mini pizza, pelbagai jenis kek seperti kek pisang, kek keju, kek kurma, manakala produk sejuk beku adalah karipap inti daging lada hitam dan inti ayam kari, samosa, popia dan masalodeh. Tumpuan jualan  syarikat ini adalah di sekolah rendah dan menengah, pejabat-pejabat  kerajaan dan swasta, pasar pagi dan institut pengajian tinggi awam serta kantin kilang.  Jadual penjualan  bermula seawal 8.30 am sehingga 6.30 pm.

    Di samping itu, CTCB mendapat langganan tetap daripada kilang di Bukit Kayu Hitam serta Politeknik.  Syarikat ini mengadakan promosi di Institut Pengajian Tinggi Awam seperti POLIMAS bukan sahaja dapat meningkatkan jualan malahan dapat menarik minat para pelajar dan pensyarah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk yang dihasilkan oleh CTCB. CTCB sentiasa mencari idea-idea baru agar produk yang dikeluarkan tidak ketinggalan dari segi rupa, rasa dan pembungkusan.

Visi dan Misi

     Visi utama syarikat ini adalah untuk menjadi pengeluar utama produk roti dan makanan beku yang berkualiti, berkhasiat dan menjadi pilihan pelbagai golongan. Manakala misi utama syarikat ini adalah untuk mendapatkan sijil halal Jakim dan mencapai keuntungan yang baik pada harga yang berpatutan.

0bjektif perniagaan
       
   Objektif perniagaan CTCB adalah untuk memastikan produk yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak pelanggan serta tidak berlaku pembaziran dari segi bahan mentah dan hasilan produk. Di samping itu, syarikat ini juga ingin mencapai manfaat dari segi produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. CTCB sentiasa mencari idea-idea baru bagi produk yang dihasilkan supaya tidak ketinggalan dari segi rupa, rasa dan pembungkusan.

    Syarikat CTCB juga memberi tumpuan kepada pembangunan perniagaan dalam jangka masa panjang dan sentiasa mencari pasaran dan pelanggan baru untuk mengekalkan perniagaan di dalam pasaran. Hal ini kerana terdapat banyak perniagaan baru yang muncul dan syarikat ini berusaha untuk menarik pelanggan dan mencapai keuntungan dalam pasaran serta boleh bersaing dengan syarikat-syarikat lain. Syarikat ini juga ingin mencapai objektif untuk inovasi pengeluaran yang cepat dengan bantuan inovasi teknologi baru. Kejayaan sesebuah organisasi perlu dikekalkan melalui pembaharuan inovatif dalam perniagaan ini.

No comments:

Post a Comment